Total Pageviews

Friday, April 29, 2011

LAGU PRS



Giat berusaha mencapai bahagia
Jati diri dibina
Membantu rakan sesama sebaya
Pembimbing rakan sebaya
Membantu rakan sesama sebaya
Pembimbing rakan sebaya

Kami bukan yang terbaik
Dikalangan yang terpilih
Kami sebagai modal insani
Faham erti sejati
Kami sebagai modal insani
Faham erti sejati

c/o Kami PRS seluruh negara
Pembimbing rakan sebaya
Membina visi nan suci
PRS faham sejati

Etika kami amalkan
Rahsia tetap digenggam
Prinsip piagam jadi panduan
Maruah dipertahankan
Prinsip piagam jadi panduan
Maruah dipertahankan

(ciptaan : Suarno Suardi)

Thursday, April 21, 2011

PELITA YANG TERPADAM

Pelita Yang Terpadam ( mengenang genap 24 tahun kemangkatan ayahanda Hj.Hashim Abdullah 18 April 1986 dan kemangkatan bonda Hjh.Halijah L.Hussin 29 April 2005 )

Pelita 1 Pelita yang terpadam itu Tiba-tiba Telah mensuramkan seluruh kamar kehidupanku Membekas lesu dan kaku Hingga kini Gelitanya masih terasa.

Pelita 2 Pelita yang terpadam itu jua Telah menggelapkan segenap penjuru rumah kehidupanku Kerana serta merta Menjadikan aku si buta yang meraba Mencari secalit cahaya

Pelita-pelita yang terpadam itu Adalah obor kehidupanku Yang nyalanya menunjuk arah Padamnya mematikan langkah Aku masih berdiri di sini Memeluk panas bahangnya cahaya Dalam hangat kuatnya semangat Kehidupan ini Perlu aku teruskan.

Sunday, April 10, 2011

wishing you all a good today, better tomorrow


Today
I will delete from my diary
two days: yesterday and tomorrow
Yesterday was to learn
and tomorrow will be the consequence
of what I can do today

Today I will face life
will the conviction that this day
will not ever return

Today is the last oppotunity
I have to live intensely
as no one can answer me
that I will see tomorrow' sunrise

Today I will be brave enough
not to let any oppotunity pass me by
my only alternative is to succeed.

Today I will invest
my most valueable resource : my time,
in the most transcendental work: my life,

I will spend each minute
passionately to make
of today a different
and unique day in my life

Today I ill defy every obstacle
that appears on my way trusting
I will succeed

Today I will resist
pessimism and will conquer
the world with a smile
with the positive attitude
of expecting always the best

Today I will make of every ordinary task
a sublime expression

Today I will have my feet on the ground
understanding reality
and the stars' gaze
to invent my future

Today I will take the time to be happy
and will leave my footprints and my
presence in the hearts of others.

Today, I invete you to begin a new season
where we can dream
that everything we undertake is possible
and we fulfill it
with joy and dignity.

SMILE, SMILE, SMILE
Have a good day and a better tomorrow!!!

Sunday, April 3, 2011

Di luar Jendela
















Sesekali menjenguk ke luar jendela
Dari puncak menara kehidupan
terasa sayupnya pandangan
sesayup pandangan
mata kedua
pandangan lain jua
Kita acap kehilangan kata
menafsir makna
pada seliratnya jaringan aksara
Apakah aman kita berada
dipuncak tika orang lain
mendongak menyapu warna awan
O.... lunaknya desir angin senja
menyapa wajah kita
memeluk merangkul bagaikan
tidak mahu melepaskan
Apakah ini
lagu dari puncak menara
iramanya dari kerlipan mata
Aku menjadi pegun
pada memahami lautan perkara
Uhhh kerdil aku mataMu

Friday, April 1, 2011

Izinkan aku sujud lebih lama


Kukumpulkan semua dalam tafakurku. Menghitung skrip-skrip yang tak terbacakan. Dalam daya kugagahi memahami yang tersurat dan tersirat sisi kehidupan ini. Pada sisi hitam yang kelihatan tak terpalit selembar cahaya. Pada sisi putih yang kelihatan tak tersilau juga cahaya. Aku sudah tidak mampu tersenyum lagi pada beratnya menampung beban derita. Dan lajunya deras sungai airmata. Khudrat apakah yang mampu menampung semua beban berat salah dosa? Izinkan aku sujud lebih lama di telapak iradatMu.

Saturday, March 26, 2011


Panduan 3A untuk ibu bapa

Ramai ibu bapa muda tercari-cari bagaimanakah perlu mereka mendidik anak-anak mereka. Keazaman untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak sangat tinggi. Oleh itu para ibu bapa disarankan untuk memberikan pendidikan atau tumpuan pada ketiga-tiga bidang ini serentak. Kegagalan memberikan didikan dalam ketiga-tiga bidang ini menjadikan anak-anak membesar secara tidak seimbang dari segi IQ dan EQ. Apakah ketiga-tiga aspek didikan tersebut?

A – Agama :

Awalludin makrifatullah ( awal mengenal agama ialah mengenal Allah ). Itulah yang diberitahu kepada kita sejak sekian lama. Seawal usia, anak-anak perlu diajar untuk mengenal Allah, Rasul, dosa pahala, syurga neraka dan lain-lain lagi agar mereka sedar akan kuasa Allah SWT dan kerdilnya manusia.

Dalam konteks pendidikan hari ini, memang kita dapati sambutan ibu bapa untuk menghantar anak-anak belajar ilmu agama sememangnya tinggi. Bermula dengan didikan tidak formal di dalam buaian, pergi ke Pusat Asuhan Islam, ke Sekolah rendah Agama atau setidak-tidaknya sukatan pelajaran agama di sekolah-sekolah harian sudah memadai. Jadi, di mana silapnya?

Pada pandangan saya hal ini kerana tiada kesinambungan antara pendidikan formal dan tidak formal di rumah. Lain yang diajar di sekolah, lain yang anak-anak lihat dipraktikkan di rumah.

A – Akhlak:

Seakan ada kolerasi antara orang beragama dengan orang berakhlak. Akhlak adalah penghayatan ilmu agama, ditambah dengan adat tatasusila masyarakat. Kesan penjajahan yang kuat menjadikan umat Islam tidak menghayati akhlak Islam kerana mereka meletakkan Islam di satu tempat dan perlakuan di tempat yang lain.

Tugas para ibu bapa menerapkan ilmu agama tadi ke dalam bentuk tingkahlaku. Apa yang dibolehkan oleh agama itulah yang dilakukan, dan apa yang dilarang oleh agama, itulah yang patut ditinggalkan. Dari sekecil-kecil perkara seperti adab ke tandas, makan, tidur, bercakap dengan orang tua dan sebagainya mestilah mengikut tatacara yang telah sedia ada di dalam Islam. Bukankah Islam agama syumul ( lengkap ) ?

Aspek akhlak ini boleh dikategorikan sekarang ini sebagai aspek EQ ( Emotional Quotient / Kecerdasan Emosi ). Anak-anak diajar sedari kecil untuk menggunakan ‘hati’ dalam tindakan mereka.

A – Akademik :

Bidang akademik lebih memberi tumpuan pada mengajar anak-anak menggunakan ‘otak’ mereka ( IQ ). Tidak hairanlah ramai ibu bapa muda berlumba-lumba menghantar anak-anak ke pusat-pusat pembelajaran dan tuisyen semata-mata untuk anak mereka ‘score’ dalam pelajaran mereka. Ramai juga yang menghantar anak-anak ke ‘smart readers’ lebih awal daripada mengajar membaca al-quran.

Kemampuan menggunakan otak sangat bagus untuk anak-anak meneruskan kelangsungan hidup mereka. Mereka menjadi ‘BIJAK’ dalam usia yang masih muda. Bagus. Tetapi para ibu bapa perlu ingat bahawa tumpuan pada satu aspek sahaja sebenarkan menjurus ke arah kehancuran masa depan anak-anak itu sendiri. Masakan tidak, anak-anak yang diasak dengan akademik dari usia muda akan mengalami kelompongan dalam hidup mereka. Sampai ke suatu masa mereka sudah tidak boleh bertahan lagi dan mereka mencari alternatif yang lebih dahsyat yang tidak terfikir oleh ibu bapa. Apa nak dihairankan, bukankah kemampuan otak mereka tinggi ?

Kesimpulannya para ibu bapa perlu mendidik anak-anak secara berpatutan. Keseimbangan ketiga-tiga aspek yang disebutkan itu penting . Mungkin ibu bapa mahu mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi tetapi secara rasionalnya yang manakah yang lebih diingini kecemerlangan dalam satu bidang atau keseimbangan dalam hidup?

Back to basic; sebaik-baik pekerjaan adalah yang sederhana.

Thursday, March 24, 2011

Pengajaran dari peristiwa Al Quran 'hilang'


Pada tiga minggu yang lalu saya telah menyampaikan tazkirah tentang amalan yang mudah kita lakukan. Ada sesetengah orang mampu melakukan amalan solat sunat yang banyak. Ada sesetengahnya mampu memberikan sedekah yang banyak dan ikhlas. Namun jika kita tidak mampu melakukan kedua-duanya, kita boleh memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran. Banyak sekali hadis yang menerangkan tentang kelebihan membaca al-Quran ini.

Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/;
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Pada hari ini sebagai sambungan tazkirah yang lalu, saya ingin membawa kembali peristiwa Al-quran ‘hilang’ yang berlaku sekitar tahun 1985 dulu. Seluruh negara gempar apabila orang ramai menjumpai beberapa naskah al-quran telah hilang beberapa ayat atau surah daripada naskah al-quran milik mereka. Bukan al-quran baru tetapi sebaliknya al-quran yang telah dibaca sekian lama pun turut mengalaminya. Reaksi para pemimpin negara mengatakan al-quran tersebut mungkin ‘tersalah cetak’ ( printing error). Orang ramai tidak dapat menerima alasan tersebut kerana mereka telah khatam berkali-kali al-quran tersebut.

Ekoran peristiwa tersebut, beberapa orang pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM termasuk Prof.Dr.Harun Din ( sekarang Datuk ) telah mengambil inisiatif mengumpulkan naskah al-quran tersebut di dalam negara hingga ke selatan Thailand.

Dalam satu majlis di masjid UKM Bangi orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri naskah al-quran tersebut. Saya sendiri yang berada dalam jarak dekat dengan Prof. Dapat melihat bagaimana helaian-helaian naskah al-quran terbut yang dikatakan hilang itu. Prof.Harun Din menerangkan bahawa jika dikira kesemua jumlah ayat-ayat yang hilang itu, ianya berjumlah sebuah al-quran. Adalah itu tandanya al-quran telah hilang dari umat Islam ?

Beliau juga menceritakan bagaimana semasa usaha mereka mengumpul naskah tersebut sehingga ke selatan Thailand, berlaku satu peristiwa di salah sebuah pondok di sana apabila Tuan Guru pondok tersebut mengimamkan solat Sajadah pada pagi Jumaat telah terlupa ayat tersebut, sedangkan surah Sajadah tersebut adalah ayat yang sangat lazim mereka baca pada pagi Jumaat. Pelajar-pelajar pondok yang menjadi makmum di belakang imam juga boleh terlupa ayat tersebut hinggakan tiada seorang pun makmum yang boleh menyambungkan ayat tersebut. Begitulah misterinya peristiwa tersebut. Apakah ini tanda-tanda al-quran telah ditarik daripada ingatan umat Islam ?

Peristiwa tersebut telah berlaku 25 tahun yang lalu. Jangka masa lama dalam ukuran masa manusia, tetapi dalam kiraan waktu Allah SWT mungkin ianya sedetik Cuma.

Beberapa siri bencana yang berlaku sejak akhir-akhir ini memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sedah semakin tua. Pada tahun lalu sahaja Pusat Pengesan Gempa Bumi di Tokyo merekodkan lebih 1200 kali gegaran berlaku. Ini meyakinkan kita yang usia planet bumi ini sudah semakin menghampiri penghujungnya. Segala cakerawala ini akan berlanggar sesama sendiri dan kehancuran akan berlaku.Apakah ini tanda-tanda hayat dunia ini dipenghujungnya ? Surah Al Waqiah menerangkan :

[1]
Apabila berlaku hari kiamat itu,
[2]
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
[4]
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
[5]
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6]
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran.

Ibrah ( pengajaran ) untuk para pelajar sekalian, kita tidak boleh berhenti belajar, bekerja dan melakukan kebaikan meski kita tahu kiamat akan berlaku. Semua mesti diteruskan. Saya masih teringat maksud hadis yang diulang berkali-kali oleh Prof. Dr.Harun Din dalam majlis di masjid UKM pada malam itu. Maksud hadis tersebut menyebut, sekiranya seseorang itu hendak menanam biji kurma dan dia terdengar bunyi tiupan Sangkakala ( alamat kiamat sudah dekat ), jangan berhenti menanam, teruskan juga menanam biji tersebut walaupun kita pasti kita tidak akan dapat memakan buahnya nanti. Nabi menyuruh kita teruskan usaha kerja kebajikan dan jika ditakdirkan kita mati, kita akan mati ketika sedang melakukan kebajikan.

Teruskanlah membaca al-quran kerana al-quran itu akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.

Sekian.

( Tazkirah ini sampaikan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Labu Besar pada pagi 24 Mac 2011. )